Saturday, October 31, 2009

Tip tangani anak mengamuk






Tip tangani anak mengamuk


Tiada cara atau kaedah mengelak anak mengamuk tetapi masalah ini boleh ditangani dengan menggalakkan sikap positif kepada anak.


  • Konsisten - Adakan rutin harian yang tetap bagi memudahkan jangkaan anak seperti waktu tidur mengikut waktu ditetapkan.

  • Buat perancangan awal - Jika perlu membeli-belah barangan keperluan, lakukan seawal mungkin iaitu pada waktu pagi ketika anak tidak lapar atau keletihan. Bawa sekali bekalan snek atau permainan untuk anak jika ada kemungkinan anda perlu beratur panjang.

  • Kreatif - Galakkan anak anda bercakap. Jika dia masih belum boleh bertutur, gunakan kreativiti anda dengan mengajarnya bahasa isyarat ringkas dan mudah difahami bagi merujuk perkataan seperti 'Saya Mahu', 'Cukup', 'Sakit' dan 'Penat'. Lebih mudah komunikasi anda dan anak, lebih kurang anda berdepan masalah anak mengamuk.

  • Buat pilihan - Benarkan anak kecil membuat pilihan bagi membolehkannya berasakan dia juga boleh memilih. Ini seperti menyuruhnya memilih antara baju warna putih atau biru, jenis buah-buahan yang diingininya atau mainan pilihan.

  • Beri pujian - Pujilah anak anda jika dia berkelakuan baik seperti berkongsi mainan, patuh dan mendengar arahan.
  • Aura

    Dr Noordin Darus: Aura pengaruhi aktiviti mental, fizikal


    dnd@worldwellness.com.my


    Tujuh warna dasar aura.

    Aura atau tenaga boleh meningkat atau menurun, selain dipengaruhi faktor luaran dan dalaman yang kompleks

    DALAM rencana sebelum ini, saya ada menyentuh mengenai Terapi MiFiRo atau Terapi Minda, Fizikal dan Rohaniah. Memang sudah terbukti bahawa sentuhan fizikal saja tidak memadai sebagai terapi. Maksud fizikal di sini ialah ubat-ubatan, suntikan, kemoterapi dan lain lain.

    Semua pesakit yang datang berjumpa saya yang pernah menjalani terapi fizikal menunjukkan proses penyembuhan yang terlalu pasif atau lambat jika minda dan rohani mereka tidak menyokong untuk mencapai sesuatu yang disangka mustahil.


    Apabila kita bercakap mengenai tenaga minda dan rohani, ada beberapa unsur yang berkait rapat yang boleh mempengaruhi fizikal, minda dan rohani seseorang itu. Pada kali ini saya ingin membincangkan mengenai aura.

    Apa itu aura?

    Aura adalah warna diri. Secara ringkas aura adalah warna yang memancar dari diri kita. Ada yang menyebutnya sebagai “Noor” kita atau “Chi” kita atau “Tenaga Ilahi” kita. Warna ini adalah hasil daripada ungkapan dan rangkuman keadaan diri kita dan ada pelbagai jenis kualiti yang berbeza daripada sifat fizikal, emosional dan spiritual yang ada pada diri kita.

    Kualiti yang berkaitan keadaan fizikal, emosional dan spiritual ini tidak terbentuk secara tiba-tiba, tetapi adalah pembentukan dari masa lampau (“Siapa Kita”) dan masa sekarang (“Mengapa Kita”) dan boleh kita agak untuk masa yang akan datang. (“Harus Bagaimana Kita”)

    Aura adalah tenaga

    Tanpa adanya tenaga, kehidupan kita di dunia ini akan terhenti. Aura juga adalah kekuatan tenaga yang membentuk dan memberi sifat pada kita. Dengan tenaga yang dimiliki, kita boleh melakukan aktiviti fizikal dan mental. Tenaga ini boleh meningkat atau menurun dan dipengaruhi oleh faktor luaran dan dalaman yang kompleks.

    Semua aktiviti mental kita sangat erat hubungannya dengan adanya kegiatan gelombang elektromagnetik yang memancar dari diri kita. Dari sudut perubatan pula teknologi penggunaan EEG (ElectroEncephalogram) menunjukkan bahawa aktiviti mental kita dapat secara efektif dianalisis dan dipantau oleh prinsip gelombang elektromagnetik itu, yang mampu diterjemahkan dalam bentuk grafik gelombang yang menunjukkan aktiviti dan keadaan tertentu otak kita yang mengendalikan semua kegiatan mental dan fisiologi.

    Aura adalah fenomena tenaga yang sangat kompleks di dalam diri kita. Tenaga ini diyakini terpancar dari pusat tenaga yang dinamik dan bukan statik yang berada di bahagian yang paling dalam dari diri kita.

    Warna dan tenaga? Aura adalah warna dan tenaga? Mana yang betul? Kedua-duanya tidak bertentangan tetapi adalah satu kesatuan yang tidak terpisah. Maksudnya dengan ringkas:

    Aktiviti mental (mental) à Arus elektrik à Pencaran bidang gelombang elektromagnetik (warna)

    Warna aura adalah penampakan luaran dari aktiviti dan keadaan mental yang memancar dari diri kita. Aktiviti kita memerlukan tenaga. Setiap kegiatan yang memerlukan tenaga dalam tubuh kita akan membabitkan juga adanya arus elektrik. Arus ini memancarkan bidang elektromagnetik yang akhirnya nampak dalam pancaran warna aura.

    Sekarang untuk melihat pancaran ini sudah ada teknologi yang disebut “Bio Feedback Camera”. Warna aura kita boleh diambil dan dirakam oleh kamera ini yang kemudian diberi penjelasan sifat-sifatnya melalui komputer.

    Sebarang pertanyaan sila hubungi dnd@worldwellness.com.my atau telefon ke 03-77887791


    mcm best jer article ni...

    Citer Kat kampung nan permai


    ni hari last kakak aku nk balik kl...isk..isk sedihnyer....dah la setahun aku x jumpa akak yg tercinta ni, rindunyer aku ngan dia..ni la family kakak aku..dah ade 2 org anak...next year dorang nk dpt adik pulak...yahoo..seronoknya akak aku ni...maknenyer..3 anak mak ni nak bersalin , penat mak tahun ni n tahun depan kena jd mak bidan terjun hahaha.........blog ni lama aku x update coz aku asyik update blog menu jer.....ye la suka masak....aku ni sebenarnya mahir juga dlm bab menjahit tp lum cukup modal nk beli mesin jahit.....maklum la mahal tu mesin tu........mulai saat ni kena kumpul duit ni nk buat keje part time menjahit ni.......heheh disebabkan minat aku telah ikut kelas jahitan manik di kolej , dh praktis la sikit2, habis baju lama2 aku jahit manik, hehehe......tp sygnya sekarang ni mana la aku boleh pakai baju2 kurung tu...semonyer dh x muat...badan lak naik mendadak........rasanya cam lebih 80kg dah ni.......adoiiiiiii penatnya nk kena turunkan berat badan lepas ni.............jom la ke blog menu aku kalo mau ikut perkembangan resepi hehehttp://www.aniewardah78.blogspot.com/

    Thursday, April 30, 2009

    SeLaMaT HaRi IBu...


    sgt tersentuh rasanya emel yg kutterima drp adikku nora...harap aku tidak menjadi seperti ini...aku sayangkan ibuku..arrghhh rindunya bila agaknya boleh aku pulang ke kg nun jauh dsana..kita mesti selalu mendahului ibu kita dlm segala hal...smg kita tidak kecewakan hati ibu..amiinn ya Rabbalalamin....

    Orang kata aku lahir dari perut ibu..
    Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
    Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
    Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
    Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
    Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
    Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
    Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
    Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
    Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
    Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
    Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
    Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
    Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
    Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
    Aku selalu teringatkan ..Ibu
    Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
    Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
    Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
    Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
    Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
    Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
    Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
    Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
    Bila ada masalah, yang paling risau.. IbuY
    ang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
    Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
    Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
    Yang selalu berleter kat aku.. IbuYang selalu puji aku.. Ibu
    Yang selalu nasihat aku.. Ibu
    Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

    Aku ada pasangan hidup sendiri
    Bila seronok... aku cari pasanganku
    Bila sedih... aku cari Ibu
    Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
    Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
    Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
    Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
    Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
    Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu

    Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
    Selalu ..... aku ingat pasanganku
    Selalu... Ibu ingat kat aku
    Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
    Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
    Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
    Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

    Saturday, April 25, 2009

    Jagalah Hati

    Jagalah Hati
    Jagalah hati
    jangan kau kotori
    jagalah hati lentera hidup ini
    jagalah hati jangan kau nodai
    jagalah hati cahaya Illahi
    bila hati kian bersih fikiranpun akan jernih
    semangat hidup nan gigih
    prestasi mudah diraih
    namun bila hati keruh
    batin selalu gemuruh
    seakan di kejar musuh
    dengan Allah kian jauh
    bila hati kian suci tak ada yang tersakiti
    peribadi menawan hati dirimu disegani
    namun bila hati busukfikiran jahat merasuk
    akhlak kian memburuk jadi makhluk terkutuk
    bila hati kian lapang
    hidup sempit terasa senang
    walau kesulitan datang
    dihadapi dengan tenang
    tapi bila hati sempit
    segalanya jadi rumit
    terasa terus menghimpit
    lahir batin terasa sakit
    jagalah hati jangan kau kotori
    jagalah hati lentera hidup ini
    jagalah hati jangan kau nodai
    jagalah hati cahaya Illahi

    Terkadang Kita Diuji...

    TERKADANG KITA DIUJI DENGAN KESUSAHAN
    KADANGKALA KITA DUJI DENGAN KEMEWAHAN
    ADAKALANYA DIUJI DENGAN KESEDIHAN MAUPUN KESERONOKAN
    SESEKALI KITA DIUJI DENGAN NAFSU AMARAH DAN TAHAP KESABARAN
    Diri kita dijadikan Allah sebagai ujian. Diciptakan harta sebagai satu ujian. Sebagai hamba Allah kita sebenarnya adalah makhluk yang serba kekurangan dan sering terdedah melakukan kesalahan. Jadi kalau ada orang tegur kita bila kita buat silap, kita jangan tengok siapa yang menegur. Sebaliknya tengok apa yang ditegur.Apa saja yang Allah bagi, ada hikmah disebaliknya. Allah tak bagi kita jadi jahat tapi kadang Allah bagi kita karenah orang lain untuk uji kita. Allah sedang mendidik kita dengan menduga kita melalui karenah orang lain yang diutuskan. Di sini terujilah tahap kesabaran dan tahap keimanan kita...

    Rahsia Khusyuk Solat

    bersedia untuk solat
    tamaninah, bukan tergesa-gesa
    faham ayat-ayat yang dibaca
    potong bacaan, maksudnya membaca bukan dengan 1 atau 2 nafas
    baca dengan tartil, tidak terlampau laju
    kena tahu/yakin Allah jawab permohonan kita dalam solat
    meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri, kemudian letakkan kedua-dua tangan ke dada
    melihat di tempat sujud
    perlu berdoa dalam solat(panjangkan doa yang kita masukkan dalam sujud)
    perlu berzikir dalam solat
    membuang segala benda yang menyerabutkan di tempat kita solat
    elakkan memakai pakaian yang bewarna-warni dan berconteng dengan berbagai gambar
    jangan ada makanan terhidang untuk kita makan sedangkan dalam masa yang sama kita hendak solat. Oleh itu makanlah dulu.
    jangan kita solat bilamana kita menahan buang air besar/kecil. Selesaikan dulu.

    Thursday, April 23, 2009

    Terkesima Dalam Munajat

    Basahi lidah dengan doa,zikir,dakwah dan nasihatnatau diam antara jalan terbaik mendidik diri menjadi orang soleh.

    Gemersik bunyi alunan zikir
    meruntun jiwa nan redha
    tatkala sunyi alam membisu
    lidah basah dengan doa dan zikir
    Wahai Tuhanku..Rabbul Izzati
    aku adalah hamba Mu
    yang redha..berteleku muhasabah diri
    merenung kealpaan diri
    apakah ada lagi ruang untukku
    untuk mengenali diri yang saban hari
    alpa dan leka..
    Terkesima aku dalam munajat yang panjang
    hanya doa dan harapan agar
    aku tidak lepas dari kasihMu Ya Rabbi
    aku terus bersujud di kaki langitMu
    memohon agar dalam sendu sepi ini
    aku diampuni segala kesilapan kelmarin
    Engkaulah Yang Maha Pengampun
    Limpahilah Rahmatmu
    Ya Allah
    aku hambaMu yang kerdil
    memohon petunjuk apakah yang harus
    aku lakukan
    mengahdapi hari-hari
    mencari rezeki yang diredhai...
    Ya Allah
    andainya aku dipanggil pulang
    menuju rahmat kasihMu
    ingin aku seputih salju
    mengharap sirna menerangi...
    Amin Ya Rabbal Alamin..

    Thursday, March 12, 2009

    Sambutan Maulidur Rasul di IPG, kampus Tawau









    Tanggal 12 Rabiaul Awal aku n family p institut perguruan tawau utk sama-sama berarak sempena hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w .seronok sgt tgk c ain jalan kaki sejauh lebih kurang 1 km, aku tgk bersemangat anak aku kumat kamit mulut dia berselawat. Insya_Allah semoga Nur Ain menjadi anak solehah seindah namanya..Nur Ain adalah permata hati kami yang pintar dan cerdik. Walaupun baru 2 tahun 11 bulan semangat dia kuat, dia mahu jalan kaki lagi sehingga sampai ke destinasi kami di dewan utk mendengar ceramah pada hari itu.


    Wednesday, February 18, 2009

    tudung ekin


    heheheh ni la tudung ekin...masa aku p pasar aku beli ikan then teringin lak nak pakai tudung ekin cam diorang tu...apa lagi aku bgtau enwan...cam cantik jer tgk dorang pakai tudung ekin..senang gak nak pakai...so aku pun beli satu rm15 hengget..ok la tu kat, aku beli kat pasar gantung Tawau, Sabah. Dalam keta gak aku pakai...x sabar no mau rase cun ke tak? by the way tgk orang gak aa kalo mau pakai...hehehe...yg penting tutup auratkan...

    Monday, February 16, 2009

    DaTaNg DeNgaN JanJi

    Elly Mazlein Datang Dengan Janjiku

    Ke manakah resah nak ku lemparkan
    Di mana hilang kemesraan lalu
    Malamku suram bintang tak menyinar
    Aku sepi tanpa hadirmu... di sisiku
    Dalam rindu yang amat menyiksakan
    Ku dakap potretmu dalam genggaman
    Namun resahku tak bisa berlalu
    Jeritan hati memanggil namamu
    Sepi tanpa hadirmu... dirimu oh kasihku
    Ku dengar... suaramu berbisik
    Gemersiknya di celah sang bayu
    Ku terbayang... wajahmu menjelma
    Dalam senyum bagaikan ada tangisan
    Ku turut merasakan
    Kasih... perpisahan sementara ini
    Mengajar kita erti sepi dan rindu
    Teguhnya cinta suci
    Sayang... biarpun berjauhan kita terpisah
    Betapa tabahnya kesetiaanmuMenantikan saat... supaya dapat bersatu
    Kau hadir dengan setiamu
    Aku datang dengan janjiku
    Sumbangan Lynn Sheikh Mokhsin & Hajar Aswad

    Sunday, February 8, 2009

    PoRt KlaNg..


    mkn seefoad kat Port Klang...best gak aa, harganyer bole tahan ...kami p sana nak makan ketam ketuk x tau la panggil ketam ape yg ptg msa nk mkn tu dia bg pengetuk...c ain ske aa ketuk2 ...6 family kami p sana...yg penting kami dsponsor oleh my brother in law..pehh caya la ..mse ni lum sampai g makanan tu..best gak kat sini siap boleh mancing lg..

    JaLaN2 D TeReNggaNu..



    c ain hepi jer kan..ha kalo berjalan no.1 , ske dia, kami bersiap2 nak p terengganu, jaln2 cari mkn cuti skolah.., aku nampak kurus kan.hehehe. kami p bw keta kancil konvoi ngan keluarga mak mertua aku..adik ipar bw keta baru..keta abah..

    KaT PeNaNg


    ha ni aku p penang..kat hotel equatorial mse ni trima anugerah cemerlang..mm tahniah utk diri sendiri..smg lebih cemerlang lg..Insya-Allah..amin..punya la besar beg aku hehe mse ni dah nak balik dah..

    HaRi RaYeR AiDiLfiTRi...2008

    ha ni gambo msa rayer aidilfitri 2008 , huhu korang nampak tak pgeditan gambo ni , actually aku 1 family x balik sedih gak a pertama kali aku sambut raya aidiltitri di temapat orang..but kalo rayer haji dah biasa dr aku blajar kat USM lg..memang a raya ni meriah sgt dpt kumpul kami adik beradik..biasalah kamikan ramai 11 orang..mcm2 la kalo berkumpul lebih2 lg aku ni suka buat lawak(leh jd pelawak terkenal ker..aku je malas nk masuk raja lawak hehehe) ble aku ade jer ..suasana tu lebih meriah(perasan) .layan lu gambo ni..

    JaLaN2 D KoTa BhaRu..

    cuti sekolah perkara yg paling best..kami balik kg..jauh perjalanan dr Tawau sampai KL adik ipar dtg ambik ngan keta..trus balik kelate..dah lama x pekena nasi kerabu d pasar male KB, apa lg keesokkannya kami p jalan2 , beli kamera baru..coz aku ske gak ambik gambo hehehe. Ni la my hubby n my doughter yg cute n manja..